hadits - hadits pembangkit semangat menghafal al Qur'an
Hazrat
Abdullah bin Abbas r.anhuma berkata, “Saya pergi ke majlis nabi saw dan
di sana Hazrat Ali telah datang dan berkata, “Wahai Rasulullah, saya
mengorbankan ayah dan ibu saya untuk Tuan, ayat-ayat al-Quran tidak
melekat pada hati saya. Apa-apa sahaja yang saya hafal tidak kekal di
dalam ingatan.”
“Nabi bersabda, “Mahukah saya memberitahu kamu satu cara yang akan
memberikan manfaat kepada kamu dan kepada sesiapa yang akan kamu
sampaikan tentang hal ini serta apa-apa sahaja yang kamu pelajari akan
terpelihara dalam ingatanmu?
“Di atas permintaan Hazrat Ali nabi memberitahu, “Apabila tiba malam
Jumaat, sekiranya kamu mampu, bangunlah pada satu pertiga bahagian akhir
malam. Masa itu adalah masa yang paling baik kerana itu adalah masa
malaikat turun ke bumi dan masa khusus untuk penerimaan doa. Untuk
menunggu masa tersebutlah Hazrat Ya’kub berkata kepada anak-anakya yang
bermaksud, “Tidak lama lagi aku akan memohon keampunan untuk kamu dari
Tuhanku (yakni malam Jumaat)”
Sekiranya susah untuk kamu bangun pada masa itu maka bangunlah pada
pertengahan malam. Sekiranya itu pun kamu tidak mampu maka berdirilah
mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan malam.
Caranya ialah, pada rakaat pertama setelah membaca al-fatehah bacalah
surah Yasin.Pada rakaat ke dua, selepas surah al-fatehah bacalah surah
ad-Dukhan. Pada rakaat ketiga selepas surah al-fatehah bacalah surah
Alif-lam-min al-Sajdah.Pada rakaat keempat selepas al-Fatehah bacalah
surah al-Mulk.
Setelah memberi salam, pertama hendaklah kamu memuji Allah
sebanyak-banyaknya kemudian kamu hendaklah berselawat ke atasku.
Kemudian berselawatlah kepada semua nabi. Selepas itu beristigfarlah
untuk seluruh orang mukmin dan untuk semua saudara Islam yang telah
meninggal dunia sebelum kamu. Selepas itu baca doa ini.
“Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam sebanyak bilangan
ciptaanNya dan keredaanNya, seberat timbangan arasyNya dan sebanyak
dakwat kalimah-kalimahNya. Ya Allah aku tidak mampu mengira pujian
untukMu sebagaimana Engkau sendiri memuji diriMu. Ya Allah sampaikanlah
selawat dan salam serta berkatilah penghulu kami, Nabi yang ummi,
daripada Bani Hashim dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabat Baginda
yang baik lagi mulia dan ke atas seluruh nabi dan rasul serta para
malaikat muqarrabin.
Wahai Tuhan kami, ampunlah kami, saudara-saudara kami yang telah
mendahului kami dengan iman dan janganlah Engkau menjadikan dalam hati
kami perasaan dengki terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan
kami, sesungguhnya Engkau Maha Mengasihani dan Maha Penyayang. Ya Allah
ampunilah daku dan kedua-dua ibu bapaku, dan seluruh orang yang beriman
dan orang Islam lelaki dan perempuan, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar
dan menerima doa-doa.”
Selepas itu bacalah doa yang diajar oleh Rasulullah saw kepada hazrat
Ali sebagaimana dalam hadith di atas. Doa ialah seperti berikut,
“Ya Allah, rahmatilah daku sehingga daku dapat dapat meninggalkan semua
maksiat selama Engkau menghidupkan dakug . Ramhmatiah daku supaya aku
tidak menanggung apa-apa beban yang tidak memberi manfaat kepadaku.
Kurniakanlahkepada daku pandangan yang baik terhadap amalan yang membawa
daku kepada redhaMu.i
Wahai Tuhan yang mencipta langit dan bumi, wahai Tuhan yang memiliki
kehebatan dan kemuliaan serta kehormatan yang tidak mungkin dicapai oleh
sesiapun. Wahai Allah yang Maha Pemurah, aku memohon dengan kehebatan
dan nur wajahMu supaya Engkau menetapkan hatiku untuk menghafal kitabMu
sebagaimana Engkau telah mengajarku. Dan kurniakanlah taufik supaya daku
dapat membaca al-Quran dengan cara yang menyebabkan Engkau reda
kepadaku.
Wahai Tuhan yang yang menciptakan langit dan bumi, yang memiliki
kehebatan, kemuliaan dan kehormatan yang tidak dapat dicapai oleh
sesiapapun, wahai Allah dan wahai Tuhan yang Maha Pemurah, aku memohon
dengan kehebatan dan nur wajahMu supaya engkau mencahayakan
penglihatanku dengan nur kitabMu dan Engkau menggerakan lidahku untuk
menyebut al-Quran.
Dan engkau menghilangkan kesempitan hatiku dengan keberkatan al-Quran
dan Engkau melapangkan dadaku dengan keberkataan al-Quran dan Engkau
membasuh badanku dengan al-Quran (dari kekotoran dosa) kerana
sesungguhnya tiada pembantu bagiku ke atas perkara yang haq(benar)
kecuali Engkau. Dan tiada daya (untuk melakukan sebarang kebaikan) dan
tiada upaya (untuk menjauhi sebarang kejahatan) kecuali dengan Allah
yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.”
Selanjutnya , Rasulullah saw bersabda, ” Wahai Ali, lakukanlah amalan
itu sama ada tiga kali Jumaat, lima kali atau tujuh kali, insyaAllah doa
kamu pasti akan dikabulkan. Demi zat yang mengutuskan daku dengan
kebenaran, doa ini tidak akan ditolak daripada mana-mana mukmin.
Hazrat Abdullah bin Abbas berkata, “Setelah berlalu lima atau tujuh
minggu maka Hazrat Ali telah datang ke majlis nabi dan berkata, “Wahai
Rasulullah, dahulu saya membaca lebih kurang empat ayat, itupun saya
tidak dapat mengingati sedangkan sekarang saya membaca empat puluh ayat
dan ayat-ayat itu dapat saya ingati seolah-olah al-Quran terbuka di
hadapan saya.
Dahulu saya mendengar hadith dan selepas itu saya cuba mengulangi hadith
itu namun, hadith itu tidak kekal dalam ingatan saya, Sekarang setelah
saya mendengar hadith, apabila saya ingin menyampaikan hadith itu kepada
orang lain, satu huruf pun tidak teringgal.”
************
Semoga dengan keberkatan NabiNYa, Allah mengurniakan taufik kepada saya
dan juga kamu untuk menghafal al-Quran dan hadith- pengarang kitab
fadhilat Amal (Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya
Ramhmatullahialaih)